Thursday, April 30, 2009

satu perkongsian(kisah si tikus)

assalamualaikum wbt..harap2 sume menteri2 sehat2 belake la hendaknye..erm..memandangkan dah nk bersawang blog grup sc kite ni,terpaksa la pm turun padang(haha)..sibuk setadi ke kengkawan2?..bagus2..stdy smart..jgn stdy hard..stdy hard buat sakit pale je nnti..btw,thanks la byk2 kat tpm yg slalu datang jenguk2..hehe..menteri2 lain pon dtg jgak..tp sekadar datang je la kan??at least tpm menyampuk kat sb..haha..
ish..jauh plak larinye kalam hamba nih..ni haaa..nk kongsi sket..satu cerita pasal haiwan2 ..xpe..baca dlu ..nnti ulasan dan komen kemudian..ok..selamat membaca..

alkisahnye:

PERANGKAP TIKUS...

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"
Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panic bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkap tikus !"
Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata " Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku.

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.


tamat la kisahnye...

so mcm mane?kesian kat tikus atau kesian kat haiwan2 lain??cumenye,apa yg sy paham,dari pandangan saya lah,

"SUATU HARI KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...PIKIRKANLAH SEKALI LAGI."

so,kite hari ni,pelajar2 perubatan d iskandariah ni semakin ramai..maka,banyak udang banyak lah ragam..banyak org,makin macam2..erm..pnah kite tgk sahabat kita dilanda masalah?dalam kabinet kte sendiri ni pon,kadang2, "di sebalik senyuman itu,tersembunyi satu kedukaan"...
erm..xreti nk hurai panjang2 dah..cumenye,tlg menolong lah sesama kita..tlg2 update blog pon xpe ..hehe..
byk lg xbace ni..exam oh exam..sape2 rajin,buat posting pasal exam..
ok..assalamualaikum..(maaf klu xmenarik)

~aku insan biasa~
ahmadzuna(^_^)

2 comments:

  1. mmmm... cane ular bleyh msok perangkap tikus?

    ReplyDelete
  2. you can borrow my shoulder if you want zuna...
    k la, nanti DEK tolong update..haha

    ReplyDelete


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Real Estate. Powered by Blogger