Thursday, April 30, 2009

satu perkongsian(kisah si tikus)

assalamualaikum wbt..harap2 sume menteri2 sehat2 belake la hendaknye..erm..memandangkan dah nk bersawang blog grup sc kite ni,terpaksa la pm turun padang(haha)..sibuk setadi ke kengkawan2?..bagus2..stdy smart..jgn stdy hard..stdy hard buat sakit pale je nnti..btw,thanks la byk2 kat tpm yg slalu datang jenguk2..hehe..menteri2 lain pon dtg jgak..tp sekadar datang je la kan??at least tpm menyampuk kat sb..haha..
ish..jauh plak larinye kalam hamba nih..ni haaa..nk kongsi sket..satu cerita pasal haiwan2 ..xpe..baca dlu ..nnti ulasan dan komen kemudian..ok..selamat membaca..

alkisahnye:

PERANGKAP TIKUS...

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"
Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panic bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkap tikus !"
Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata " Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku.

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.


tamat la kisahnye...

so mcm mane?kesian kat tikus atau kesian kat haiwan2 lain??cumenye,apa yg sy paham,dari pandangan saya lah,

"SUATU HARI KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...PIKIRKANLAH SEKALI LAGI."

so,kite hari ni,pelajar2 perubatan d iskandariah ni semakin ramai..maka,banyak udang banyak lah ragam..banyak org,makin macam2..erm..pnah kite tgk sahabat kita dilanda masalah?dalam kabinet kte sendiri ni pon,kadang2, "di sebalik senyuman itu,tersembunyi satu kedukaan"...
erm..xreti nk hurai panjang2 dah..cumenye,tlg menolong lah sesama kita..tlg2 update blog pon xpe ..hehe..
byk lg xbace ni..exam oh exam..sape2 rajin,buat posting pasal exam..
ok..assalamualaikum..(maaf klu xmenarik)

~aku insan biasa~
ahmadzuna(^_^)

Tuesday, April 28, 2009

Pejuang.....

lagu ini ana dedikasikan kepada semua pejuang2.... dan juga kepada siapa2 yang ingin mengetahui life pejuang2 agama....

Sunnah berjuang (Nostalgia nada murni - Rabbani)

Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berengang dengan anak dan isteri
(2x)

Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menetu 2x
Tidur baringnya tak berwaktu 2x

Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan merata

Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang
(2x)

C/O
Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Perjuangan tetap diingati

Sudah sunnah orang berjuang.......

http://www.imeem.com/people/rE8B2XW/music/M4nlGGKz/nadamurni-nadamurni-sunnah-berjuang/

Monday, April 27, 2009

Kerana Sebutir Kurma


Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua berdekatan Masjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma terjatuh berhampiran dengan timbangan. Menyangka kurma itu sebahagian daripada yang dibeli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.

4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan di bawah Kubah Sakhra. Dia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.

"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara,doanya selalu dikabulkan Allah SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu dia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua dekat Masjidil Haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin Adham terkejut sekali, dia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh Allah SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar. Dia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya. Apabila sampai di Mekkah, dia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda.

"4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua, kemana dia sekarang?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda tersebut.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".


Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata Ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orang tua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".


"Bagi saya tidak masalah. Insya Allah saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas nama kanmereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."


"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu."

Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adhamsudah berada di bawah Kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap.


"Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara-gara memakan sebutir kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat halalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

Selama kita hidup di luar Negara yang jauh dari keluarga ini dan hanya bersama rakan-rakan kita pernahkah terfikir untuk meneliti apa yang kita guna atau makan itu dihalalkan oleh rakan-rakan kita? Oleh sebab itu berhati-hatilah degan makanan yang masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? Lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu."

(copy from The Zikr edisi ke-2)

Sunday, April 19, 2009

yang Tersurat itu Ada Tersiratnya....

Bismillahirrahmaanirrahim….

(lepas kene marah ngan ehsan sebab tak update blog SC, maka arie nie baru nak buat, tue pon dari blog sendiri gak, haha!)

Salam alaykum wbt….
Kecoh nampaknya cawangan iskandariyah dengan bab-bab jemaah nie…, so, arie nie kter cakap pasal bab jemaah keh…=p… errmmm….aaaa….hmmm…. haiH~… susahnya, kang salah sampai, lain plak yang jadik, dah ler bab nie sensitif, ilmu pun takat paras idung jek, huhuhu!… jangan gaduh-gaduh, ko kawan aku, aku kawan ko, kter same-same dilahirkan sejak 3azali lagi sebagai seorang muslim yang harap-harapnya ader ISLAM di dalam diri memasing(nak kene muhasabah balik diri nie). SC PERUBATAN mantop, Kelas sirah semalam pun best..=) Semoga Allah satukan hati-hati ummat Islam..ameen ya Rabb!



“sesungguhnya orang-orang mukmin bersaudara, kerana itu, damaikanlah diantara keduanya dan bertaqwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmat “

relaxkan minda, tenangkan hati…. Jom kter test mata nak? Hehe!….

Mesti ramai dah tahu, apa itu depth perception kan…. Subjek physiology yang best sem lepas…. Bab EYE nie… ape maksudnya yup? Menurut buku “Human pisiology for medical student”, ehehe….. maksud depth perception nie, it is the power to discriminate the relative distances of the objects seen in the visual field. saye ader tanyer kat Prof. 3aala… katenyer bende nie berlaku disebabkan oleh convergence and accommodation of binocular vision, lebey kurang gitu laa. Kat cnie kter addkan vertical and transverse dimensions, dedua nie kter panggil sebagai depth dimension.. Haa, so characteristics of this 3rd dimension nie kter referred kan sebagai ape? Sebagai….

STEREOGRAM

Gambar-gambar dibawah merupakan contoh-contoh stereogram yang saye amik sket-sket kat internet… banyak jek kalau type kat google @ yahoo tue…. Paperpon, saper yang power bab-bab nie bley r teka gambar-gambar kat bawah… kat cnie sume hijau, x der yang biru-biru…..jangan risau lah, hehe! Jawapan dyer nanti next entry laa… sebab ader lagi yang tak reti nak tengok guane, haha! Selamat meng’test’ power mate anda!!!


ape bende laaaa nie kan? hehe....



kasih-sayang itu perlu.....=p


kalau budak medic tak tahu juga...haiH~


our learning today is about.........

kalau nak nampak dengan jelas, kene satukan penglihatan kedua-dua belah 3uuyun anda(convergence concept)…. ermm, nampak jelaskan,… kalau kter satukan kedua-duanya… x kisah nak berjemaah, janji kita satukan hati…. baru jelas Islam yang kita nak bawak… eh, ape nie? tak der paper2…. saje tambah-tambah… abaikan~=p

itu sahaja dari saye.... same seperti yang berade di blog saye, alang-alang buat sekali terus, haha! malas nak fikir...jangan marah ustaz fairuz, nnti kene jual, ehehe!

akhir kalaam, wallahu3alam~
-syak-

Wednesday, April 15, 2009

Harapan dan kekecewaan


assalamualaikum
hari ni (15/4/2009) pukul 2.52 pm

untuk renungan"

kisahnya bermula begini,

aku slalu gi kuliah tiap2 hari naik tram.
kalo nk gi kuliah tu ada la dalam 6 station baru la smpai..
dengan kelajuan tram 5-60 km/h (kadang2 laju-kadang2 slow..hehe) aku dpt tgk macam perangai arab..

dalam seminggu aku naik tram tu mesti ade je orang yg gaduh
haih...dah immune agaknye aku ni. so aku biarkan la.
tapi tadi, dalam perjalanan pulang dari kuliah kat stesen shaban muslimin (seindah nama)...aku nampak la ade sorang kena tumbuk smpai berdarah hidungnya.

hati aku berkata (haih..bergaduh lagi arab ni)
yg aku dgr dari dialog diorang;

mangsa : aku tak buat dah lepas ni, sori2.(dalam arab la)
penumbuk: ape maaf2...setiap kali buat salah ko mintak maaf.
mangsa : aku minta maaf sgt2
penumbuk: aku kira smpai 3..aku nk ko senyap...1.....2....3
mangsa : ..... (smbil menangis)

maka tram pun bergerak ke stesen sterusnya...
tak sempat nk tgk lebih2

ap yg aku nk cuba bawak kat sini ialah...betapa lemahnya kita.
aku dan arab2 lain kat situ mostly muslim hanya mampu tgk je.
tapi di tempat lain kita berbangga LIHATLAH ISLAM, KAMI KUAT, KAMI BOLEH.
buktinya...kat europe, orang islam makin bertambah
orang mesir plak kata...."kami ada kelab bola Al-Ahly..menang champions league africa. Negara kami (mesir) menang African Cup..yg main bola ramai org islam".
kalo orang msia plak..."negara kami maju. ada KLCC. LIHATLAH!!!KAMI ISLAM YG SGT KUAT DAN HEBAT"

tapi
di SHABAN MUSLIMIN (seindah nama)
haih...(tak baik mengeluh)...orang islam hnya mampu tgk je orang islam lain kena tumbuk...
LEMAH!!!!...SGT LEMAH!!!!

apa yang aku nk cuba bawak kat sini???
1. kepada orang arab, takyah la gaduh
2. kita ni cukup kuat ke nk berjihad?
3. cukupkah kalo kita hnya ckp dan tulis blog...pastu nk harap org berubah?
4. kalaulah orang islam sendiri bercabang2...macam mana la boleh dikatakan islam itu kuat???

persoalan2 di atas ni mmg la selalu sgt org tnya...pastu jawab pakai logic pendidikan Islam tingkatan 4 dan 5.
last2 dapt mumtaz..

kalo sekadar harapan, tapi tiada usaha, kekecewaan lah teman kita

sekian terima kasih
yg menjalankan tugas
-ihsan-

Tuesday, April 14, 2009

KABINET SMART CIRCLE

Khalifah : Al-Fadil Ustaz Mohamad Fairuz bin Tamjis

Perdana Menteri : Ahmad Zunawanis Hashim
Timbalan Perdana Menteri : Mohammad Sya’rani Najmuddin

Menteri Kewangan : Syairazi Nuruddin Othman
Menteri Pertahanan : Muhammad Ihsan bin Abd. Wahab
Menteri Perdagangan : Ahmad Hanif bin Mohd Hafiz
Menteri Penerangan : Muhammad Fariz Abd Aziz
Menteri Pengajian Tinggi : Mohd Aslam Ariffin
Menteri Kesihatan : Mohd Haniff Abu Zarim
Menteri Kesenian dan Kebudayaan : Mohd Syihabuddin Mohd
Menteri Belia dan Sukan : Muhammad Hafiz Basri
Menteri Luar : Abdul Rahim bin Suhaini

Hadis nabi S.A.W :
Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap dari kamu itu bertanggungjawab atas apa yang dipimpinya.

Sebuah negara terbina melalui suatu perkumpulan manusia yang berjuang untuk mendapatkan hak mereka sama ada berteraskan agama, kenegaraan, kesamarataan atau sebagainya. Dan kumpulan ini jugalah yang akan memacu negara kearah pembangunan ekonomi, sahsiah, keagamaan dan intelektual.

Justeru, kami ingin mejadi insan yang menyumbang kearah visi dan misi tersebut. Mana tahu, bermula dengan SC yang kecil ini, penama-penama di atas mampu mengegarkan galaksi ini.


Dan blog ini merupakan salah satu sumbangan idea-idea dan perkongsian ilmu yang kami adun dan olah dalam SC kami dan juga cetusan idea dan maklumat daripada ahli-ahli SC. Jadikan kalam-kalam yang baik di dalam blog ini sebagai pedoman dan amalan. Salam ukhuwwah daripada kami......

Monday, April 13, 2009

Salam Ukhuwah Dari Kami Smart Circle MEDIC Alex

Moga dengan lahirnya laman ini mampu memberi sumbangan untuk menyebarkan kefahaman tentang ISLAM... Ameen


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Real Estate. Powered by Blogger